BHIC catat untung rendah RM95 juta
KUALA LUMPUR 22 Feb. – Boustead Heavy Industries Corporation Bhd. (BHIC) telah mencatatkan untung sebelum cukai yang rendah berjumlah RM94.87 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009 daripada RM134.68 juta sebelumnya.
Bagaimanapun, pendapatan meningkat 9.6 peratus kepada RM543.85 juta daripada RM496.25 juta yang dicatatkan pada 2008.
BHIC dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia berkata, keuntungan sebelum cukai yang rendah itu adalah ekoran kos projek yang tinggi dan penguasaan perkongsian untung yang rendah daripada syarikat sekutu.
“Dalam tahun 2009, penguasaan sumbangan daripada sekutu kami rendah memandangkan dalam tahun sebelumnya, terdapatnya penarikan balik bayaran cukai kira-kira RM21.2 juta,” jelasnya.
Untuk suku keempat berakhir 31 Disember 2009, keuntungan sebelum cukai BHIC turun sebanyak 15.7 peratus kepada RM21.99 juta daripada RM26.08 juta dalam suku yang sama tahun 2008.
Pendapatannya turun sebanyak 3.4 peratus kepada RM163.58 juta daripada RM169.34 juta sebelumnya.
Mengenai prospek tahun 2010, syarikat berkata, keadaannya bergantung kepada pemulihan ekonomi yang berterusan.
Source: Utusan Malaysia
More news
- BHIC GROUP EXPECTS BETTER SECOND HALF RESULTS
Posted on 17th August, 2010
- BHIC’S JV AWARDED EURO 193 MILLION AND RM 532 MILLION
Posted on 13th August, 2010
- Taklimat Industri Untuk ‘Penyertaan Industri Malaysia’ Dalam Projek Pembinaan Kapal
Posted on 27th May, 2010
- BHIC seeks to renew navy vessel job
Posted on 4th April, 2010
- Boustead Heavy keen to build more naval patrol vessels
Posted on 4th April, 2010
- BHIC catat untung rendah RM95 juta
Posted on 24th February, 2010
- BHIC 4Q net profit up 24.5% at RM18.6m
Posted on 24th February, 2010
- BHIC earnings dampened by higher project costs
Posted on 24th February, 2010
- Boustead Naval formalises ship deal
Posted on 5th December, 2009
- Boustead Heavy wins RM704mil Mindef contract
Posted on 14th August, 2009
|